fbpx

Alicia Amin Selamat bergelar isteri kepada seorang doktor

MODEL sensasi dan pelakon Alicia Amin selamat diisatukan dengan lelaki pilihannya yang juga seorang doktor, Farzan Iqbal, 27, pada Ahad.

Alicia atau nama lengkapnya Raja Alicia Raja Amin, 26, selamat bergelar isteri kepada Farzan dengan hanya sekali lafaz, berwalikan bapanya, Raja Amin Raja Mokhtar dengan disaksikan enam ahli keluarga terdekat daripada kedua belah pihak.

Majlis ijabkabul yang diadakan di Masjid Saidin Umar Al-Khattab, Bukit Damansara itu berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP). Wang dan barang hantaran juga tidak didedahkan kepada umum

Alicia menerusi laman sosialnya turut berkongsi detik istimewa itu dengan memuatkan naik beberapa fotonya dan suami di hari bahagia mereka.

“Hard valentines gift to to Farzan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian itu menarik perhatian peminat dan rakan-rakan artis yang turut berkongsi kegembiraan tersebut dengan menitipkan ucapan tahniah dan doa buat pasangan pengantin baharu ini.

Sumber: Sinar Plus

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews