fbpx

Conte puji aksi pemainnya

Fot: Squawka.Com

MILAN: Jurulatih Inter Milan, Antonio Conte memuji aksi perlawanan barisan pemainnya dengan menyifatkan ia ‘dimainkan cukup sempurna’ apabila Lautaro Martinez meledakkan dua gol dan Romelu Lukaku turut meletakkan nama sebagai penjaring ketika mereka meraih kemenangan 3-0 ke atas seteru utama AC Milan.

Inter kini empat mata mendahului pasukan di tempat kedua Milan yang menyaksikan skuad kendalian Conte itu menyasarkan gelaran liga pertama sejak kali terakhir meraihnya ketika di bawah Jose Mourinho pada 2010.

“Pujian harus diberikan kepada pemain. Mereka mempamerkan aksi yang cukup luar biasa yang dilaksanakan dengan sempurna,” katanya yang berhasrat untuk menghalang bekas kelabnya Juventus merangkul gelaran liga yang ke-10 berturut-turut.

Sementara itu Roma melakarkan keputusan seri tanpa jaringan ketika berdepan pasukan yang menghuni kedudukan ke-15 liga, Benevento sekali gus menyaksikan Juventus kini 11 mata mendahului dan berpeluang untuk melonjak kedudukan ketiga apabila turun bertemu Crotone awal pagi ini.

Roma kini ketinggalan lima mata di belakang Milan dengan kedua-dua pasukan akan bertandang ke Rome hujung minggu depan.

Dalam satu lagi aksi Napoli tewas 4-2 kepada Atalanta manakala di San Siro, Lukaku berada di prestasi terbaik dengan pemain Belgium itu menjadi watak utama dua gol jaringan Martinez minit kelima dan ke-57 sebelum meledakkan gol ke-17 dalam liga musim ini dan mendahului sebagai penjaring terbanyak Serie A.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews