fbpx

Treler terjunam ke dalam gaung, 1 maut

Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas treler dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di Kilometer 218.7 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini awal pagi pada Selasa. -Foto Sinar Harian

KUANTAN: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas treler dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1), di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi di Kilometer 218.7 lebuh raya tersebut, lelaki berkenaan ditemui tersepit di dalam treler terbabit dan disahkan meninggal dunia, lapor Sinar Harian.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan berhubung kejadian daripada MERS 999 pada jam 6.16 pagi.

Menurutnya, 10 anggota termasuk seorang pegawai bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas ke lokasi bagi melakukan operasi menyelamat.

Pemeriksaan mendapati seorang lelaki tersepit dalam treler dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera,” katanya.

Anuar berkata, mayat mangsa dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts