fbpx

Djokovic bakal pintas rekod Nadal, Federer

Djokovic bergambar bersama Trofi Terbuka Australia di Melbourne

LONDON: Bapa kepada Novak Djokovic yang baru memenangi Terbuka Australia berkata, 97 peratus penduduk Serbia menyokong pemain nombor satu dunia itu sambil menambah anaknya berhak mendapat lebih banyak pujian.

Srdjan Djokovic, 60, meramalkan Djokovic akan menambah tiga kejuaraan utama dalam tempoh setahun setengah lagi untuk mengatasi rekod 20 kemenangan Grand Slam diraih Rafael Nadal dan Roger Federer sekali gus muncul pemain terbaik sepanjang zaman.

Katanya lagi pemain berusia 33 tahun itu sudah ditakdirkan untuk menjadi simbol kebanggaan negaranya.

“Dia disayangi hampir keseluruhan warga Serbia,” kata Srdjan sambil menegaskan hanya segelintir tidak meminati anaknya itu.

“Kami terpaksa membesarkan Novak ketika waktu sukar di Serbia.

“Penat lelah kami membuahkan hasil kerana dia adalah seorang yang bekerja keras dan kini menjadi antara atlet terbaik di dunia.

“Ketika rakyat Serbia berdepan tempoh sukar, dia diutus oleh Tuhan untuk menggembirakan mereka,” katanya.

Djokovic memenangi Terbuka Australia selepas menewaskan lawannya dari Russia, Daniil Medvedev, Ahad lalu.

Ia sekali gus menyaksikan Djokovic meraih gelaran Grand Slam buat kali ke-18 dan kini hanya kurang dua trofi untuk menyamai rekod Federer dan Nadal.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts