fbpx

Bekas jurulatih Olimpik AS bunuh diri

Photo by Jamie Squire/Getty Images

LOS ANGELES: Bekas jurulatih gimnastik skuad Olimpik wanita Amerika Syarikat (AS) John Geddert meninggal dunia selepas didapati membunuh diri.

Mayatnya ditemui beberapa jam selepas dia didakwa melakukan aktiviti pemerdagangan manusia dan penganiayaan terhadap atlet dalam jagaannya.

“Pejabat saya dimaklumkan mayat John Geddert ditemui lewat petang ini selepas membunuh diri,” kata Peguam Negara Michigan, Dana Nessel dalam satu kenyataan.

“Ia adalah pengakhiran yang tragis untuk sebuah kisah tragis bagi mereka yang terbabit.”

Beberapa jam sebelum kematiannya, Nessel mengumumkan 24 laporan kesalahan jenayah membabitkan Geddert yang memiliki fasiliti latihan berhampiran Lansing, Michigan.

Antara pertuduhan dikenakan terhadap Geddert ialah dua kes serangan seksual membabitkan atlet yang tidak didedahkan namanya berusia antara 13 dan 16 tahun.

Geddert juga berdepan 20 kes pertuduhan pemerdagangan manusia dan memaksa mangsanya yang juga atlet melakukan kerja tertentu sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan.

Polis Michigan State berkata, mayat Geddert ditemui di kawasan rehat di lebuh raya di luar Lansing.

“Siasatan masih diteruskan, tiada maklumat lanjut akan dikeluarkan setakat ini,” kata polis dalam satu kenyataan.

Geddert menjadi jurulatih gimnastik skuad wanita AS yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik London 2012.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Petanda Verstappen bersara?

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya ‘mencapai segalanya’ setakat ini. Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang

Read More »