fbpx

Sayur 2,000 kg percuma kepada orang ramai, pilih apa yang mahu

Foto: UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU: Sebanyak 2,000 kilogram pelbagai jenis sayur diberikan secara percuma kepada orang ramai terutama yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Yahya Jaafar berkata, sumbangan tersebut dilaksanakan sejak dua minggu lalu bagi membantu mereka yang terkesan dari segi sumber kewangan terutama yang hilang pekerjaan.

“Saya mengambil inisiatif dengan menyalurkan sumbangan berbentuk sayur-sayuran kepada orang ramai yang memerlukan dan sambutan yang diterima amat luar biasa.

“Orang ramai yang beratur boleh pilih sayur apa yang mereka mahu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika mengagihkan bekalan itu kepada penduduk di Rumah Flat Bayu Puteri, di sini semalam.

Antara sayur-sayuran yang diagihkan ialah bayam, sawi, sawi merah, salad dan kangkung.

Menurut Yahya, walaupun pemberian itu hanya berbentuk sayur-sayuran tetapi orang ramai sangat menghargai usaha yang dilakukan bagi membantu meringankan beban mereka walaupun hanya dengan segenggam sayur.

Beliau berkata, aktiviti pemberian sayur secara percuma itu akan diadakan dari masa ke semasa meliputi kawasan pentadbiran MBJB.

Selain Flat Bayu Puteri, kawasan perumahan yang menerima pemberian sayur secara percuma adalah di Flat Sri Setanggi, Desa Jaya dan Bakar Batu.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews