fbpx

LHDN kutip RM123.09 bilion cukai tahun 2020

Foto: MALAY MAIL

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan jumlah kutipan cukai sebanyak RM123.09 bilion untuk tahun lalu, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, jumlah itu adalah RM1.392 bilion atau 1.14 peratus lebih tinggi daripada sasaran ditetapkan sebanyak RM121.7 bilion yang juga semakan sasaran kali ketiga oleh Kementerian Kewangan.

“Meskipun mendepani suasana ekonomi yang suram dan mencabar, LHDN sekali lagi membuktikan kemampuannya sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi dengan mengadaptasi norma baharu dalam menjalankan operasi percukaiannya,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian hari Hasil ke-25 secara maya, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts