fbpx

Peniaga didenda RM6,000 pindah babi tanpa kebenaran

BUTTERWORTH – Gara-gara memindah enam ekor babi tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang, seorang peniaga didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret sini pada Selasa. Majistret Nurul Huda Idris menjatuhkan hukuman itu selepas Tan Hong Haw, 27, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa. Nurul Huda turut memerintah tertuduh dilucutkan hak hasil jualan enam ekor […]

TH agih keuntungan 3.1 peratus

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.1 peratus yang bakal dimanfaatkan kira-kira sembilan juta pendepositnya. Agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 itu lebih tinggi berbanding 3.05 peratus pada 2019. Agihan keuntungan bagi tahun 2020 berjumlah RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada 2019. Menteri di Jabatan Perdana […]

Tiga kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM: Beberapa daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat pagi ini. Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan stesen Johan Setia Klang paling tinggi iaitu 183 diikuti Banting (165) dan Petaling Jaya (141) pada pukul 8.00 pagi ini. […]

Liga M raih RM33.4j

KUALA LUMPUR: Di sebalik ledakan pandemik Covid-19 yang melanda negara hingga menyebabkan banyak sektor ekonomi terjejas teruk, saingan Liga Malaysia (Liga M) tampaknya masih mempunyai daya tarikan tersendiri apabila sejumlah RM33.4 juta berjaya diraih sebagai nilai tajaan keseluruhan Liga M musim ini. Bagaimanapun, jumlah berkenaan dijangka meningkat berbanding musim lalu yang difahamkan sekitar RM30 juta. […]

Tempah iPhone, dapat yogurt epal

BEIJING: Seorang wanita terkejut apabila kotak yang disangka mengandungi iPhone ditempahnya, hanya berisi yogurt berperisa epal. Wanita bernama Luu dari wilayah Anhui, timur China sebelum itu membeli iPhone 12 Pro Max daripada sebuah laman web pada 16 Februari lalu. Dia kemudian membayar 10,099 yuan (kira-kira RM6,300) untuk telefon pintar itu. Beberapa hari kemudian, dia menerima […]

LHDN guna data risikan kemas operasi

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan lebih agresif dalam meneroka data perisikan yang baharu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi mengenal pasti kaedah perniagaan dan bagaimana pengelakan cukai dilakukan. Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, untuk meningkatkan pematuhan sukarela dalam kalangan pembayar cukai, tahun ini LHDN sudah membentuk satu […]

Penerima hati pertama, Afiq Ikmal meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Penerima hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati, awal pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail ketika dihubungi BH, sebentar tadi. Mohd Afiq Ikmal, 23, yang dirawat di Hospital Selayang, Selangor, sejak 13 Februari lalu, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam […]