fbpx

Semuanya seakan tidak kena buat Klopp

LIVERPOOL: Jurgen Klopp mengakui bahawa kekalahan 0-1 Liverpool kepada Chelsea adalah satu tamparan besar buat mereka terutama selepas kalah lima kali berturut-turut di gelanggang sendiri buat kali pertama dalam sejarah kelab berkenaan.

Pasukan Klopp dikutuk di atas aksi longlai yang sebelum ini tidak pernah berlaku di Anfield dengan gol kemenangan Chelsea disumbangkan Mason Mount pada lewat separuh masa pertama.

Selepas meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun musim lalu, Liverpool yang berdepan krisis kecederaan di bahagian pertahanan, perlu bergelut untuk melonjakkan diri menduduki kelompok empat terbaik.

Ketika berbaki 11 perlawanan, mereka sekarang ini berada di kedudukan ketujuh empat mata di belakang pasukan tangga keempat, Chelsea.

Klopp mengakui tumpas kepada lawan yang merebut slot Liga Juara-Juara adalah satu tamparan hebat buat mereka.

“Ini bukan disebabkan Anfield atau apa saja, ini adalah berkaitan dengan keseluruhan. Terlalu kerap. Dalam situasi seperti ini kami harus memperbaiki kelemahan.

“Anda tidak boleh berkata ia hanyalah aksi di laman sendiri. Kami harus menunjukkan kualiti yang kami ada setakat ini dan kami tidak melakukannya dengan kerap.

“Ia adalah aksi yang sangat tegang dan sengit. Ia satu tamparan buat kami. Kami harus menang perlawanan bola sepak. Ia masih belum berakhir,” katanya.

Klopp tidak gembira dengan bahagian pertahanan Liverpool kerana membiarkan Mount meledak gol kemenangan terutama Fabinho yang dilihat agak lambat mengejar pemain berkenaan.

Beliau juga kecewa dengan bahagian serangan, tatkala penjaring terbanyak, Mohamed Salah dikeluarkan selepas sejak perlawanan berlangsung.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts