fbpx

KEPDA yakin Kedah akan bangkit malam ini

Foto: FB KDA FC

ALOR SETAR: Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA) yakin skuad Lang Merah akan bangkit dengan prestasi lebih mantap apabila melayan kunjungan Sabah FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, di sini, malam ini.

Presiden KEPDA, Nor Hasmadi Hamzah meramalkan taktikal berbeza mungkin akan ditampilkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas dikecewakan 2-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat alu.

“Kami yakin pasukan Kedah akan turun dengan sasaran mencatat kemenangan dan sekali gus mengubat kekecewaan penyokong selepas tewas pada aksi pertama di Stadium Sultan Ibrahim minggu lalu.

“Sebagai penyokong, semangat kami tetap kekal utuh bersama pasukan Kedah dan pastinya semua pemain juga mahu bangkit mencatatkan kemenangan pertama di laman sendiri malam ini,” katanya.

Nor Hasmadi berkata melihat pada skop perlawanan pertama sahaja tidak mencerminkan keupayaan sebenar KDA FC bagi menghadapi saingan musim ini di bawah kendalian jurulatih Aidil Sharin Sahak.

“Usah kita menilai prestasi Kedah hanya dalam satu perlawanan, sebaliknya penyokong perlu lebih bersabar menanti aksi sebenar skuad Lang Merah. Kita yakin mereka akan mencatat kemenangan menentang Sabah FC malam ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts