fbpx

Liverpool mencari sinar kebangkitan di Eropah

Mohamed Salah (tengah) bakal menjadi sandaran utama Liverpool pada aksi kedua Liga Juara-Juara menentang kelab Jerman, RB Leipzig di Budapest, Hungary, awal pagi Khamis ini.

LONDON: Liverpool memiliki sejarah kaya dalam menukar gaya di Eropah walaupun melalui saingan domestik yang mengecewakan, namun kelebihan 2-0 pada perlawanan pertama berdepan RB Leipzig dalam Liga Juara-Juara tampak boleh mendatangkan sesuatu yang tidak menentu.

Juara bertahan liga Inggeris yang semakin merudum di bawah kendalian Jurgen Klopp akan mengharungi saingan awal pagi Khamis ini waktu Malaysia dengan keraguan – menyedari mereka tidak akan beraksi di Anfield bagi saingan ‘laman sendiri’ itu.

Kebangkitan hebat Liverpool dalam saingan Eropah sejak kebelakangan ini dibantu dengan warna, kehangatan dan tenaga penyokong mereka yang membanjiri stadium mereka sendiri.

Pada 2005, Rafael Benitez mendapat inspirasi membolehkan mereka menang mengatasi Juventus dan Chelsea sebelum menampilkan kebangkitan terhebat dalam Liga Juara-Juara dengan menewaskan AC Milan di Istanbul pada final.

Musim pertama Klopp pada 2015/16 ditamatkan dengan Liverpool berkedudukan kelapan liga, namun mereka bangkit selepas ketinggalan 3-1 untuk menewaskan Borussia Dortmund 4-3 pada perlawanan kedua kelompok lapan terakhir Liga Europa sebelum mara ke final.

Tidak diragui malam terhebat di Anfield hadir ketika menentang Barcelona pada Mei 2019.

Gergasi Sepanyol itu tewas 4-0 pada perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara, 24 jam selepas Manchester City menghancurkan peluang skuad Klopp memburu gelaran liga.

Liverpool kemudiannya menewaskan Tottenham di final untuk dimahkotakan selaku juara Eropah buat kali keenam. Namun selepas hampir setahun bermain di stadium kosong kerana COVID-19, faktor ketakutan di Anfield semakin menghilang.

Skuad Klopp tidak tewas dalam 68 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri sehingga Januari, namun mereka kini mencatat rekod kelab kalah enam kali berturut-turut.

Perlawanan di ‘laman sendiri’ Liverpool’s berdepan Leipzig akan berlangsung di Puskas Arena dekat Budapest sebagai sebahagian tindakan menghalang kedatangan dari luar akibat COVID-19, stadium yang sama menganjurkan perlawanan pertama.

– AFP

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts