fbpx

Thailand rancang singkatkan kuarantin pelawat selesai vaksinasi

BANGKOK: Thailand merancang memendekkan tempoh kuarantin mandatori daripada 14 kepada tujuh hari, bagi pelawat yang sudah melalui vaksinasi COVID-19 untuk memasuki negara ini, bermula bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirankul, berkata ia membabitkan pelawat yang selesai vaksinasi lengkap dalam tempoh tiga bulan sebelum perjalanan mereka.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam berkata, pelawat terbabit harus mencatat keputusan negatif bagi ujian saringan COVID-19 dalam tempoh tiga hari sebelum berlepas, untuk menjalani kuarantin selama tujuh hari itu.

“Pelawat yang belum divaksin tetapi mempunyai sijil bebas jangkitan COVID-19 pula perlu menjalani kuarantin 10 hari,” katanya.

Namun, beliau berkata, pelawat dari Afrika masih perlu melalui kuarantin 14 hari kerana varian Afrika Selatan mudah merebak.

Bagaimanapun, rancangan itu belum mendapat kelulusan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) yang akan bermesyuarat dengan dipengerusikan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha, Isnin depan.

Thailand yang memulakan program vaksinasi COVID-19 pada 28 Februari lalu, sudah memberi vaksin kepada 27,497 orang dengan kebanyakannya adalah petugas barisan hadapan.

Setakat ini, Thailand mencatat 26,441 kes COVID-19 dengan 85 kematian.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts