fbpx

Ronaldo gagal ubah nasib Juve di UCL

Pemain pertahanan Porto, Pepe (kiri) bersalaman dengan Cristiano Ronaldo pada aksi Liga Juara-Juara

Turin, Itali: Juventus yang dibarisi Cristiano Ronaldo tersingkir dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bagi tahun kedua berturut-turut selepas tewas mengikut peraturan gol di tempat lawan kepada Porto yang menamatkan perlawanan dengan 10 pemain sekalipun Juve menang 3-2 pada aksi timbal balik di Turin.

Sepakan percuma Sergio Oliveira pada masa tambahan memastikan bekas juara dua kali Porto ke suku akhir dengan agregat 4-4.

Mendahului 2-1 dari aksi perlawanan pertama di Portugal, jaringan penalti yang disempurnakan Oliveira pada babak pertama memberi kelebihan kepada Porto namun Juventus merapatkan jurang menerusi dua gol daripada Federico Chiesa, sementara penyerang Porto, Mehdi Taremi dibuang padang.

Oliveira kemudian menambah jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke 115, yang melepasi kaki Ronaldo, dengan tandukan Adrien Rabiot memberi sedikit harapan kepada Juventus beberapa minit kemudian.

“Apabila anda melakukan empat kesilapan besar pada dua aksi dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara, anda sememangnya boleh disingkirkan,” kata jurulatih Juventus Andrea Pirlo.

“Ia akan mengambil masa beberapa hari untuk melupakan perlawanan ini tetapi kami harus beraksi setiap perlawanan dengan sikap yang betul, menyedari kami masih dalam bulan Mac dan mempunyai masa untuk mendaki di puncak carta Serie A.”

Juventus bergantung kepada penyerang Portugal yang juga pemegang rekod penjaring terbanyak kejohanan itu, Ronaldo, serta penyerang Sepanyol, Alvaro Morata yang meledak enam gol dalam kejohanan musim ini untuk memastikan kemaraan mereka.

Tetapi kekecewaan Juventus dalam Liga Juara-Juara berterusan untuk tempoh 25 tahun, gagal dalam pusingan kalah mati pertama buat tahun kedua berturut-turut selepas tewas kepada Lyon musim lalu.

“Kerja kuat seluruh pasukan adalah penting untuk mara dan kami sememangnya layak,” kata pertahanan veteran Porto, Pepe.

“Adalah sukar untuk menyatakan bagaimana kami berjaya melakukannya (bermain 10 orang). Hari ini kami menunjukkan perwatakan sebenar: pemain memberikan fokus dan itu memudahkan kami.”

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts