fbpx

Zidane buka pintu buat Ronaldo

MADRID: Zinedine Zidane membuka laluan buat Cristiano Ronaldo untuk kembali ke Real Madrid, sambil mengakui kepulangan penyerang itu tidak mustahil.

“Ada kemungkinan. Kami kenal peribadinya dan apa yang dia sudah lakukan untuk Real Madrid. Tetapi kini dia adalah pemain Juventus dan anda perlu menghormati dirinya serta kelab.

“Saya sudah lakukan apa yang perlu dilakukan dengan Cristiano. Kita tunggu apa akan terjadi nanti,” kata pengendali Real itu.

Laporan di Sepanyol mengatakan Ronaldo teringin kembali ke Real, di mana dia menikmati tempoh sembilan tahun penuh kejayaan sebelum meninggalkannya pada tahun 2018.

Pemain berusia 36 tahun itu mencetus spekulasi kepulangannya apabila memuat naik status di media sosial: “Memang benar perkara lampau perlu kekal di muzium.

“Tetapi mujur bola sepak mempunyai kenangan… begitu juga saya!”

Karier Ronaldo bersama Juventus tidak sehebat ketika di Real Madrid. Kelab Itali itu kini di tangga ketiga Serie A dan disingkirkan Porto daripada saingan Liga Juara-Juara minggu lalu. – AFP

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts