fbpx

RosÈ padam rekod Psy

SEMAKIN rancak dengan projek solonya sekarang, terbaru anggota BLACKPINK, RosÈ menjadi penyanyi K-Pop solo mendapat tontonan muzik tertinggi di YouTube.

Ia sekali gus berjaya memadam rekod yang dipegang Psy menerusi lagu Gentleman selama lapan tahun.

Muzik video On The Ground yang dilancarkan pada 13 Mac lalu mencatat jumlah tontonan 41.6 juta dalam tempoh 24 jam.

Rekod Psy sebelum ini pula adalah sebanyak 36 juta dalam tempoh 24 jam.

Walaupun pihak YouTube belum memberi pengesahan rasmi mengenai rekod itu, namun On The Ground jelas sudah mengatasi jumlah terbabit.

Kini semua hanya perlu menunggu pengumuman rasmi platform penstriman berkenaan.

Selepas lama dinanti, RosÈ tampil sebagai penyanyi solo selepas rakannya dalam BLACKPINK, Jennie terlebih dulu berbuat demikian pada 2018.

Terdahulu, RosÈ berkongsi sedutan video nyanyian lagu baharunya berjudul Gone pada Januari lalu. Dalam tempoh kurang sebulan, video lagu ciptaannya bersama beberapa komposer hebat termasuk Teddy Park terbabit mendapat lebih 40 juta tontonan.

RosÈ memulakan projek solonya itu secara rasmi pada 12 Mac lalu sekali gus melancarkan album solo pertamanya berjudul R.

Album terbabit turut memuatkan lagu On The Ground dan Gone manakala lagu lain belum didedahkan.

Menyemarakkan lagi projek solonya, RosÈ bakal tampil menjadi penghibur jemputan dalam program popular Amerika Syarikat, The Tonight Show Starring Jimmy Fallon. Dia juga bakal mempersembahkan lagu On The Ground dalam program itu.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts