fbpx

Kisah hidup Tyson jadi siri televisyen

NEW YORK: Jamie Foxx memenangi anugerah Oscar kerana melakonkan watak penyanyi legenda Ray Charles, dan kini dia bakal menghidupkan kisah legenda tinju, Mike Tyson.

Siri televisyen berkenaan 1Iron Mike’ sedang dalam pembikinan, umum peninju itu, dengan Antoine Fuqua sebagai pengarah dan Martin Scorsese dalam pasukan penerbitan.

“Sudah lama saya ingin menceritakan kisah hidup saya. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Martin, Antoine, Jamie dan seluruh pasukan kreatif untuk membawa siri ini kepada penonton.

“Ia bukan saja menceritakan perjalanan profesional dan peribadi saya, tetapi turut memberi inspirasi serta menghiburkan,” kata Tyson.

Menurut Tyson, kepulangannya ke gelanggang baru-baru ini – di mana dia seri dengan Roy Jones Jr dalam satu pertarungan pertunjukan pada November 2020, pada usia 54 tahun – menjadikan saat ini adalah masa yang sesuai untuk kisahnya diceritakan.

Bekas juara heavyweight dunia itu antara peninju paling berjaya dan juga individu paling kontroversi.

Dia mencatat rekod 50-6 dengan 44 knockout, bersara pada tahun 2005 selepas tewas kepada Kevin McBride.

Detik paling bersejarah ialah apabila dia menggigit telinga Evander Holyfield sebelum tewas pada pertarungan pada 1997 itu – dan turut terbabit dalam kes rogol serta ketagihan dadah.

– AFP

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts