fbpx

Perincian kemalangan Tiger Woods dikenal pasti

Foto: Golfweek USA Today

LOS ANGELES: Perincian kemalangan kereta yang membabitkan Tiger Woods hanya akan didedahkan jika juara utama 15 kali itu memberi kebenaran kepada polis untuk berkongsi hasil siasatan terbabit.

Sebab sudah ditentukan dan siasatan berjaya dirumuskan, kata Los Angeles County Sheriff, Alex Villanueva.

Woods, 45, memerlukan pembedahan selepas mengalami retak kaki dan kecederaan pergelangan kaki dalam kemalangan pada 23 Februari lalu.

“Kami mempunyai kandungan dalam kotak hitam, semuanya lengkap, disahkan, disimpan rapi dan menepati,” kata Villanueva.

“Tapi kami tidak dapat mendedahkannya tanpa kebenaran mereka yang terbabit dalam kejadian itu.”

Woods pulang ke kediamannya di Florida selepas menjalani rawatan di hospital awal bulan lalu, dengan menyatakan dia berusaha untuk “menjadi lebih kuat setiap hari”.

Bekas pemain nombor satu dunia dari Amerika itu, yang baru pulih daripada kecederaan belakang ketika terbabit dalam kemalangan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selain keadaan muka dan dagu berlumuran darah di lokasi kejadian.

Polis Los Angeles berkata tiada bukti jelas bahawa Woods dipengaruhi dadah atau arak ketika kemalangan berlaku.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts