fbpx

Belum lancar, dapat percuma promosi – Neelofa

KUALA LUMPUR – Selebriti popular, Neelofa tidak menyangka rancangan pembukaan sebuah cawangan jenama minuman francais terkenal sudah menjadi tular.

“Bertenang semua di luar sana, tak launch (lancar) lagi (tapi) free marketing dah gegar satu negara.

“Syukur rezeki Allah atur. Sekarang berjuta orang tahu outlet saya akan dibuka di Langkawi,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Sebelum ini, media melaporkan Neelofa dan suamihya, PU Riz ke Pulau Langkawi, Kedah atas urusan kerja dan bukan berbulan madu seperti tular di media sosial.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, Neelofa ke pulau peranginan berkenaan bersama tiga yang lain.

Pasangan sejoli ini dimaklumkan berada di pulau peranginan terbabit untuk mengadakan lawatan kerja dengan sebuah jenama minuman francais terkenal.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali memberitahu pasangan ini menghadiri pembukaan beberapa cawangan di Langkawi, Sungai Petani dan Kangar bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangan netizen.

Sehari selepas bernikah Sabtu lalu, beberapa foto Neelofa dan PU Riz yang didakwa berada di Langkawi untuk berbulan madu telah menggemparkan industri hiburan tanah air.

Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts