fbpx

Dedah kisah hidup, Kanye West dibayar RM124 juta

PENYANYI rap Kanye West dibayar sebanyak AS$30 juta (RM124 juta) oleh saluran penstriman video berbayar, Netflix untuk menyiarkan dokumentari eksklusif tentang perjalanan hidupnya.

Menerusi dokumentari tersebut, Netflix akan menyiarkan kisah serta gambar-gambar yang tidak pernah dikongsikan West kepada umum sebelum ini.

Antara topik yang akan diselitkan dalam program tersebut seperti kerjaya muzik, minatnya dalam bidang fesyen, kekalahan West pada kempen pemilihan Presiden Amerika Syarikat 2020 serta kematian ibu tercinta, Donda West pada tahun 2007.

Bekas suami kepada Kim Kardashian itu juga pernah mengakui bahawa kehilangan ibunya pada 2007 akibat komplikasi penyakit yang sangat meruntun hatinya.

Kanye West Netflix Documentary: What We Know So Far

Bagaimanapun, dia telah memaafkan doktor yang menjalankan pembedahan terhadap ibunya. Dokumentari yang masih belum diberi judul tersebut akan ditayangkan tahun ini.

Sumber: Kosmo!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts