fbpx

2.7 juta tonton konsert BTS

Seoul: Lebih 2.7 juta menonton konsert kumpulan BTS, BANG BANG CON 2021 di seluruh dunia yang berlangsung secara maya, kelmarin.

Agensinya, Big Hit Music mengumumkan angka terbabit sekali gus mengatasi jumlah tontonan konsert sama pada tahun lalu iaitu 2.24 juta.

BANG BANG CON 2021 adalah konsert percuma diadakan BTS sebagai tanda penghargaan buat peminatnya. Inisiatif itu dibuat untuk menghiburkan penonton di rumah sepanjang pandemik Covid-19 ini.

Kumpulan itu melancarkan jenama konsert terbabit tahun lalu susulan pembatalan dan penundaan siri jelajah mereka. Siri jelajah Map of the Soul yang habis laku terjual tiketnya itu sepatutnya dilangsungkan sepanjang tahun 2020.

Tahun lalu, sambutan luar biasa direkodkan untuk BANG BANG CON yang berlangsung selama dua hari meskipun ia pertama kali diadakan. Ia turut mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Records.

Pada konsert itu, BTS membuka persembahan dengan sebuah klip menarik. Anggotanya mengalu-alukan penonton untuk membawa makanan dan minuman sambil berhibur sepanjang persembahan itu.

Turut dipaparkan adalah acara siri jelajah terdahulu mereka. Ia termasuk 2015 BTS Live Trilogy: Episode I. BTS Begins di Se

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts