fbpx

Cukup sepasang. Aafiyah kini kakak, Siti Nurhaliza selamat bersalin anak kedua

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi lelaki seberat 3.84kg.

Cahaya mata keduanya itu dilahirkan menerusi pembedahan. Pihak pengurusan Siti Nurhaliza Production mengumumkan berita gembira itu menerusi Instagram.

Siti dan bayi sihat

Melalui hantaran Instagram tersebut, dimaklumkan Siti dan bayinya dalam keadaan sihat. Suaminya, Datuk Sri Khalid Mohamad atau Datuk K menzahirkan kesyukuran kerana proses kelahiran yang lancar dan selamat.

“Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi.

“Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Suami beliau, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.”

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Syukur dan terima kasih

Datuk K menyifatkan kelahiran putera kedua mereka penuh keberkatan tatkala dilahirkan di bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

“Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

“Dalam pada itu, Siti dan suami merakamkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang menjalankan tanggungjawab dam memberi khidmat terbaik sepanjang proses kehamilan dan kelahiran putera kedua mereka.

“Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT.”

Tahniah diucapkan dari team Sinar Plus atas kelahiran bayi yang dinanti-nantikan ini. Semoga Datuk Sri Siti Nurhaliza selamat menjalani fasa berpantang dan pulih semula.

Sumber: Sinar Plus

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts