fbpx

Adakah pengambilalihan Lapangan Terbang Subang membawa manfaat kepada pelan strategik?

PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong sedang meneliti cadangan pengambilalihan ke atas pembangunan semula  Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) oleh Tan Sri Desmond Lim Siew Choon dan WCT Holdings Berhad (WCT). Adakah cadangan pengambil alihan LTSAAS akan membawa manfaat kepada Pelan Strategik Lapangan Terbang Kebangsaan (NASP) dan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030?

Di dalam satu kenyataan yang dimuatnaik oleh Pengerusi PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata cadangan ini menjadi perhatian kepadanya dan menjadi tanda tanya serta banyak persoalan yang perlu dijawab oleh pihak Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkenaan dengan cadangan pengambil alihan LTSAAS.

“Apakah ciri-ciri penting terma kepada cadangan pengambil alihan dan mengapakah tiada proses tender terbuka?

“Kerajaan juga perlu bersikap telus berkenaas skop dan terma cadangan konsesi.

“Apa akan berlaku kepada status undang-undang MAHB dan kepentingan di LTSAAS?”, ujar Syed Ibrahim Syed Noh.

Turut dikatakan di dalam kenyataan itu, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bukan sahaja disenaraikan di Bursa Malaysia tetapi juga sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang mempunyai sebanyak 60 peratus saham MAHB dimiliki secara kolektif oleh Khazanah, KWSP, Permodalan Nasional dan Kumpulan Wang Amanah (KWAP).

Syed Ibrahim Syed Noh juga bertanya sama ada Desmond Lim mempunyai kuasa pengaruh yang istimewa ke atas Menteri?

Dengan kesemua soalan dan tanda tanya oleh beliau, Syed Ibrahim menggesa kerajaan untuk menolak cadangan tersebut dan sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk mengawal pandemik. Dalam pada masa yang sama, tidak sewajarnya mengambil kesempatan untuk mengejar tawaran urusniaga yang kabur dan kontroversi Ketika penggantungan parlimen.

Beliau turut mencabar Menteri Pengangkutan dan Kerajaan PN untuk tampil memberi respon secara telus dan segera terhadap persoalan yang ditimbulkan olehnya meskipun siding parlimen masih digantung dan pembukaan “segera”nya masih tidak menentu walaupun telah ada ingatan yang jelas daripada DYMM Agong.

Sumber: Syed Ibrahim Syed Noh

Jurucakap Parlimen KEADILAN untuk Pengangkutan

Ahli Parlimen Ledang

Pengerusi KEADILAN Johor

Share:

28 Responses

  1. Kerajaan secara logiknya patut menolak cadangan pihak lain untuk mengambilalih LTAAS kerana tidak seiring dengan kebajikan dan kepentingan rakyat secara umum. Ianya menjurus kepada kepentingan peribadi.

  2. Kerajaan patut menolak cadangan ini dipermulaan lagi tiada urusan kepentingan bg individu atau org perseorangan yg diberi keistimewaan apa istimewanya Desmond Lim apa kah ada udang disebaliknya dgn perantaraan MOT dan menteri pengangkutan.Khazanah.kwap permodalan nasional ini semua milik rakyat .Ayuh kerajaan tolak lah cadangan ini jgn dipertaruhkan. MAHB telah melakukan yg terbaik dalam membangunkan LTSAAS.

  3. Satu persatu aset negara dijual dan digadai.. Lama kelamaan rakyat malaysia mengemis di negara sendiri..#savesubangairport
    #hargailahkhazanahnegara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts