fbpx

STPM 2020: 741 calon raih PNGK 4.00, hampir 75 peratus golongan B40

KUALA LUMPUR: Sejumlah 741 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.

Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia, Profesor Datuk Wahid Razzaly berkata 554 calon bersamaan 74.76 peratus daripada jumlah itu merupakan calon dari golongan B40.

“Dari 741 calon yang mendapat PNGK 4.00, 23 calon telah mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil dan 718 calon telah mendapat 4A dalam mata pelajaran yang diambil.

“Dari segi analisis calon yang mendapat 5A dan 4A, didapati bilangan calon yang mendapat 5A telah berkurang daripada 42 calon pada peperiksaan STPM 2019 kepada 23 calon dalam peperiksaan STPM 2020.

“Begitu juga dengan bilangan calon yang mendapat 4A dengan PNGK 4.00 dalam peperiksaan STPM 2020 juga telah berkurang daripada 760 pada tahun 2019 kepada kepada 718 calon,” katanya pada sidang media Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2020 yang diadakan secara maya hari ini.

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkata, secara keseluruhannya, bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00, iaitu yang mendapat A dalam kelima-lima dan empat mata pelajaran yang diambil telah berkurang daripada 802 calon pada tahun 2019 kepada 741 calon pada tahun 2020, iaitu berkurang sebanyak 61 calon atau 7.61 peratus.



Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts