fbpx

Yayasan PETRONAS sumbang 735 tablet

CHE Ahmad Tarmizi Abd Rahman (kanan) menyerahkan peranti kepada pelajar Nasrin Syasya Mazlan, 15, di kediamannya di Kampung Felda Seberang Tayor, Kemaman hari ini. Gambar : NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

CHUKAI: PETRONAS menyumbang 735 tablet untuk pelajar mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) negeri ini.

Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Timur, Che Ahmad Tarmizi Abd Rahman, berkata sumbangan program CERDIK melalui Yayasan PETRONAS itu diagihkan kepada pelajar melalui Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus, Besut, Kemaman, Marang, dan Dungun.

Beliau berkata, sumbangan itu tanggung jawab sosial PETRONAS dalam membantu menyediakan akses digital dan sambungan data.

“Sumbangan peranti yang lengkap dengan data internet, penyelenggaraan, jaminan dan sokongan teknikal selama tiga tahun sesi pembelajaran.

“Sebanyak RM30 juta diperuntuk bagi melaksanakan program CERDIK ini membabitkan 12,000 murid dari sekolah terpilih seluruh negara,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar di Kampung Dusun Nyior, di sini.

Seorang penerima, pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Danial Hafiz Abdullah, berkata dia sangat beryukur terpilih menerima sumbangan itu dan menyuntik semangat untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Saya sebelum ini belajar dengan menggunakan telefon bimbit saiz kecil dengan kapasiti rendah dan banyak menjejaskan pembelajaran,” katanya.

Seorang lagi penerima, Nasrin Syasya Mazlan Abdul Khabir, 15, berkata dengan tablet yang diterima itu, dia tiada lagi masalah untuk membaca nota yang diberikan guru.

“Pembelajaran dalam talian di rumah jauh lebih mencabar dari pembelajaran di bilik darjah.

“Telefon saya susah nak tengok tayangan skrin yang dipaparkan guru serta sukar memuat turun fail yang dihantar kerana saiz storan telefon terhad.

“Penggunaan peranti yang tidak sesuai menyebabkan tumpuan saya terganggu dan sukar memahami apa yang diajar guru,” katanya.




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts