fbpx

Usia bukan penghalang Federer

LONDON: Roger Federer menjadi pemain lelaki tertua mara ke suku akhir Wimbledon sejak Era Terbuka diperkenalkan pada tahun 1968.

Federer yang bakal berusia 40 tahun dalam tempoh lima minggu lagi mudah mengetepikan cabaran pemain Itali, Lorenzo Sonego 7-5, 6-4, 6-2 untuk mara ke suku akhir di All England Club buat kali ke-18.

“Selepas set pertama, saya rasa saya dapat mengawal keadaan. Saya begitu teruja untuk mara ke suku akhir.

“Saya gembira untuk beraksi pada era yang ada ‘Middle Sunday’ tetapi ini bermakna lebih ramai penonton boleh datang menyaksikan perlawanan.

“Ini sangat istimewa dan saya menikmatinya. Bermula tahun depan, perlawanan akan berlangsung pada Ahad pertengahan yang sebelum ini secara tradisinya menjadi hari rehat kejohanan.

Ia juga akan menjadi suku akhir Grand Slamnya yang ke-58 dan dia akan bertemu sama ada pilihan kedua, Daniil Medvedev ataupun pilihan ke-14, Hubert Hurkacz untuk tiket ke separuh akhir.

Medvedev mendahului Hurkacz 6-2, 6-7 (2/7), 6-3, 3-4 sebelum perlawanan ditangguhkan susulan hujan. – AFP




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts