fbpx

Hampir semua guru sudah divaksin

Foto oleh SAYUTI ZAINUDIN

KUALA LUMPUR: Hampir semua guru sudah menerima vaksin COVID-19 susulan pembukaan sekolah secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka, mulai 1 September ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan untuk memastikan bukan sahaja guru, malah kumpulan sokongan seperti tukang cuci, pengawal keselamatan dan pengusaha kantin (menerima vaksin)

“Susulan pembukaan sekolah secara berperingkat, kita sudah memberikan vaksin kepada hampir semua guru. Kita akan memaklumkan perkembangannya pada minggu depan.

“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan sekolah menjadi persekitaran yang selamat kepada semua pihak terutama pelajar,” katanya.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata demikian pada sidang media mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) secara maya, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts