fbpx

Rakyat boleh rakam video ketika suntikan vaksin, elak isu suntikan kosong berulang – Khairy

Foto: BERNAMA


PUTRAJAYA:
 Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memberi kebenaran untuk rakyat merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Jelas Khairy, ia bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh mendapat kadar vaksin yang sempurna.

“Untuk tidak berlaku apa-apa keraguan, saya telah mengarahkan pertamanya seperti biasa kita pastikan SOP sedia ada untuk (petugas kesihatan) tunjuk penerima vaksin picagari sudah diisi kuantiti (vaksin) sempurna sebelum suntikan.

“Kedua, kebenaran dari saya dan Menteri Kesihatan, kalau ada arahan tidak diberikan kemudahan ini, penerima vaksin boleh video penerimaan suntikan mereka.

“Anda boleh rakamkan video diri anda menerima vaksin, jadi anda dan kami mempunyai bukti kukuh bahawa vaksin yang sempurna telah diberikan,” jelas Khairy.

Tambahnya, kebenaran itu juga diberikan agar tidak menganggu perjalanan program PICK ketika ini.

Malah semangat serta sokongan moral kepada petugas kesihatan juga tegasnya perlu dijaga.

“Saya mahu anda (petugas kesihatan) tahu, bahawa saya sentiasa ada di belakang anda.

Ini cuma satu atau dua kes kecuaian manusia, ia tidak boleh menyebabkan segala susah payah dan kerja keras anda semua tidak bermakna.

“Terima kasih semua petugas barisan hadapan,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Program PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba di Putrajaya pada Jumaat.




Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts