fbpx

Sekarang bukan masa sesuai benarkan rentas negeri – Pakar

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa memeriksa surat kebenaran rentas daerah dan negeri pemandu serta penumpang kenderaan semasa bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) di lebuh raya Karak berhampiran Plaza Tol Gombak,. GAMBAR: Abd Razak Aid

KUALA LUMPUR: Sekarang bukan masa yang sesuai untuk membenarkan mereka yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 untuk merentas negeri.

Ujar Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, ini berikutan keadaan pandemik dalam negara yang tidak begitu selesa dan kemunculan varian Delta yang berbahaya.

“Kalau melihat kepada suasana sekarang, iaitu pertama melihat kepada kes yang semakin tinggi. Kedua, varian Delta dan ketiga keadaan sosial, mental rakyat kita.

“Namun, kena ingat pada masa ini bukan masa yang baik untuk kita buka rentas negeri walaupun kepada mereka yang mempunyai dua dos vaksin sebab keadaan itu tidak begitu selesa. Namun, sekiranya kita perlu, ada keadaan yang perlu kita ambil kira,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.

Bagaimanapun katanya, kerajaan boleh mengehadkan kebenaran hanya kepada negeri-negeri yang dalam kategori hijau sahaja dan bukan kepada negeri yang mencatatkan jumlah kes yang tinggi.

Dalam masa sama, kebenaran juga boleh dipertimbangkan kepada mereka yang benar-benar bertanggungjawab melalui sistem tertentu.

Selain itu, kerajaan juga perlu menetapkan syarat-syarat tertentu seperti sudah divaksin dua dos, melakukan ujian kit kendiri, dan dibenarkan melakukan urusan terhad sahaja.

Apa yang penting, katanya, kebenaran itu tidak diberi secara menyeluruh.




Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts