fbpx

Perhimpunan aman Gerakan Hartal Doktor Kontrak

Foto oleh Hadi Nor.

KUALA LUMPUR: Lebih 100 doktor kontrak di setiap hospital di seluruh negara menyertai perhimpunan aman Gerakan Hartal Doktor Kontrak bagi mengetengahkan beberapa tuntutan kepada kerajaan.

Perhimpunan berkenaan berlaku serentak di semua fasiliti kesihatan di seluruh negara itu mendesak kerajaan menyerap doktor kontrak menjadi pengamal perubatan tetap di Kementerian Kesihatan (KKM).

Petugas kesihatan membawa plakad HARTAL DOKTOR KONTRAK menuntut jawatan tetap di Hospital Sungai Buloh. - Foto FARIZ ISWADI ISMAIL.
Petugas kesihatan membawa plakad HARTAL DOKTOR KONTRAK menuntut jawatan tetap di Hospital Sungai Buloh. – Foto FARIZ ISWADI ISMAIL.

Sesetengah doktor kontrak terbabit dikatakan meninggalkan fasiliti kesihatan, manakala sebahagian lagi yang masih bertugas menunjukkan solidariti dengan mempamerkan plakad, pada jam 10.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, masih kelihatan doktor kontrak yang menyertai bantahan aman kira-kira 30 minit itu yang meneruskan tugasan mereka merawat dan mengendalikan pesakit.

Sebahagian doktor kontrak yang menyertai perhimpunan aman Gerakan Hartal Doktor Kontrak di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). - Foto Ihsan Pembaca.
Sebahagian doktor kontrak yang menyertai perhimpunan aman Gerakan Hartal Doktor Kontrak di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). – Foto Ihsan Pembaca.

Tindakan drastik itu dibuat bagi menuntut kerajaan menawarkan pelantikan tetap kepada semua pegawai perubatan lantikan kontrak sedia ada dan memohon penjelasan terperinci kriteria pelantikan tetap.

Sejak 2016, seramai 786 pegawai perubatan saja dilantik secara tetap, manakala selebihnya berkhidmat secara kontrak.

Doktor kontrak berpakaian hitam dan memegang plakad menyertai bantahan berkenaan di seluruh negara.







Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts