fbpx

Polis siasat himpunan Hartal Doktor Kontrak di HKL

Foto oleh Ahmad Zamzahuri

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur akan membuka kertas siasatan berhubung himpunan Hartal Doktor Kontrak yang melibatkan doktor-doktor kontrak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan berhubung perkara itu dibuat kerana di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, tiada sesiapapun yang dibenarkan untuk berhimpun.

Contract doctors hold aloft placards demanding equal treatment as they go on strike at the Kuala Lumpur Hospital July 26, 2021. — Picture by Ahmad Zamzahuri
Foto oleh Ahmad Zamzahuri

“Sewaktu PKP masih berkuatkuasa, tiada sesiapa dibenarkan berhimpun atau terlibat dalam apa jua perhimpunan di mana-mana tempat bagi apa jua maksud sama ada keagamaan, sosial, sukan, perkahwinan atau kebudayaan tanpa mendapat kebenaran Ketua Pengarah Kesihatan.

“Larangan ini adalah seperti mana yang terkandung di bawah Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB)(Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Contract doctors clad in black hold aloft placards demanding equal treatment as they go on strike at the Sungai Buloh Hospital July 26, 2021. — Picture by Hari Anggara
Foto oleh Ahmad Zamzahuri

Terdahulu, dianggarkan seramai 50 orang doktor kontrak berhimpun di tingkat enam kawasan parkir di Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Himpunan tersebut adalah sebagai tanda tunjuk perasaan bagi menuntut lantikan tetap termasuk manfaat serta kriteria hitam putih bagaimana untuk mendapatkan lantikan tetap itu yang dibimbangi tidak dilakukan secara telus.-=






Sumber: K! ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts