fbpx

Perhilitan selamatkan Tapir betina 300 kg

Tapir tersebut berada dalam keadaan sihat dan dirawat oleh pegawai veterinar Jabatan Perhilitan terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke kawasan Hutan Simpan Kenaboi. - Perhilitan Negeri Sembilan

JELEBU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan telah berjaya menyelamatkan seekor tapir Malaya betina seberat 300 kilogram selepas binatang berkenaan masuk ke dalam perangkap di Felda Pasoh 2, di sini, 18 Julai lepas.

Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, perangkap berkenaan telah dipasang sehari sebelumnya setelah pihaknya mendapat aduan daripada penduduk mengenai kelibat tapir Malaya berkenaan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, binatang berkenaan masuk ke dalam perangkap pada pukul 8 pagi dan sebaik mendapat maklumat mengenai hasil pemasangan perangkap berkenaan, seramai 10 anggota Perhilitan telah ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan, kemungkinan tapir berkenaan datang berdekatan dengan rumah kakitangan Felda Pasoh 2 adalah disebabkan bau buah macang yang terdapat di lokasi berkenaan.

“Kawasan ini berhampiran dengan hutan belukar serta ladang kelapa sawit dan tapi yang masuk ke dalam perangkap berkenaan juga berada dalam keadaan sihat dan dirawat oleh pegawai vaterinar Perhilitan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Wan Mat berkata, tapir berkenaan kemudiannya dilepaskan ke kawasan Hutan Simpan Kenaboi pada hari yang sama bagi memastikan spesiesnya tidak terancam.

Menurutnya, untuk rekod, pada tahun ini, sebanyak empat tapir Malaysa atau nama saintifiknya Tapirus Indicus telah diselamatkan di negeri ini.






Sumber: K! ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts