fbpx

Kediaman Muhyiddin jadi tumpuan media

Sebuah kenderaan rasmi yang dipercayai membawa seorang menteri dilihat masuk di kawasan kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara pada jam 1 tengah hari tadi. - Foto oleh Miera Zulyana

KUALA LUMPUR: Kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan petugas media susulan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat hari ini.

Petugas media dilihat mula ‘berkampung’ di rumah Perdana Menteri yang terletak di Bukit Damansara, di sini sejak jam 1 tengah hari tadi.

Pemerhatian Bernama mendapati beberapa kenderaan dipercayai membawa menteri dan Peguam Negara memasuki perkarangan kediaman Perdana Menteri pada jam 1.30 tengah hari.

Dalam kenyataan Istana Negara itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan dukacita dengan kenyataan di Parlimen pada Isnin lalu, bahawa kerajaan sudah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong juga amat dukacita kerana apa yang diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan. – BERNAMA




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts