fbpx

OLIMPIK: Melaka janji beri ganjaran kepada Aaron

Aaron Chia (kanan) bersama pasangannya Soh Wooi Yik bergambar bersama pingat gangsa yang dimenanginya sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. - Bernama

MELAKA: Kerajaan negeri akan memberi insentif atas kejayaan Aaron Chia yang merangkul pingat gangsa dalam acara beregu badminton lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, mana-mana anak Melaka yang menyumbang apa-apa pingat akan diberikan insentif atas kejayaan mengharumkan nama negeri dan negara.

Berita gembira itu disampaikan sendiri Sulaiman kepada Aaron menerusi panggilan video selepas pemain itu kini sedang menjalani kuarantin 14 hari selepas kembali ke tanah air semalam.

Katanya, beliau berharap kejayaan terbabit menjadi pemangkin semangat kepada rakyat Melaka untuk melakar kejayaan dalam bidang diceburi.

“Sembang santai bersama Aaron turut membolehkan dia berkongsi cerita mengenai pengalaman beraksi di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Aaron yang baru tiba di tanah air jelas begitu ceria dalam perbualan santai antara kami berdua.

“Saya berharap dengan kejayaan dikecapi anak muda berasal dari Batu Berendam ini dapat menjadi pemangkin semangat orang Melaka khususnya anak muda di Malaysia untuk turut melakar kejayaan dalam pelbagai bidang yang diceburi,” katanya.

Sulaiman turut merakamkan ucapan tahniah kepada Aaron dan gandingannya, Soh Wooi Yik.

Gandingan negara itu memenangi gangsa selepas menewaskan pasangan Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 dalam aksi hampir satu jam di Musashino Forest Sport Plaza, Sabtu lalu.




Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts