fbpx

Siti Sarah selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR: Jenazah penyanyi, Siti Sarah Raissuddin, 36, selamat dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak.

Terdahulu, jenazah dikafan dan dimandikan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum dibawa ke tanah perkuburan dengan van jenazah.

Hadir sama adalah pelawak terkenal yang juga suami penyanyi itu, Shahmira Muhammad atau Shuib Sepahtu yang lengkap menyarungkan peralatan perlindungan diri (PPE).

Difahamkan proses pengebumian dikendalikan Pasukan Pengurusan jenazah Covid-19 JAKIM, JAWI.

Penyanyi kesayangan ramai ini menghembuskan nafas terakhir tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Allahyarham yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) pada enam Ogos lalu akibat oksigen dalam badan tidak stabil terpaksa ditidurkan pada Jumaat lalu untuk menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan.





Sumber: Utusan Malaysia

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews