fbpx

Agong titah kepada PM, tidak perlu usul undi percaya – Wan Junaidi

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto: NSTP

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong bertitah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa tiada keperluan untuk membuat usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen bagi menentukan keabsahan pelantikannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Ismail Sabri memaklumkan perkara itu kepadanya ketika mesyuarat Kabinet yang pertama dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Beliau berkata, keabsahan pelantikan Ismail Sabri juga tidak perlu dipertikai memandangkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan menetapkan kuasa melantik Perdana Menteri adalah bawah Yang di-Pertuan Agong.

“Perkara ini tidak sesuai dilakukan kerana Perdana Menteri baru saja mengambil alih jawatan berkenaan,” katanya pada sidang media di Dewan Serbaguna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.






Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews