fbpx

Angka korban gempa bumi Haiti meningkat kepada 2,248

PORT-AU-PRINCE: Angka korban akibat gempa bumi di Haiti meningkat kepada 2,248 manakala 329 lagi masih hilang, menurut kenyataan Agensi Perlindungan Awam pada Isnin, sebaik menyelesaikan operasi mencari dan menyelamat.

“Gempa yang melanda pada 14 Ogos itu meragut 2,248 nyawa selain mencederakan 12,763 orang, 329 lagi masih hilang,” lapor Sputnik memetik kenyataan itu.

Dua lagi kematian dilaporkan tetapi pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada ia disebabkan gempa.

Pada 14 Ogos, gempa berkekuatan 7.2 pada skala Richter melanda Haiti dan kemudian disusuli ribut tropika.

Sejak itu, 900 gempa susulan telah direkodkan. Sekurang-kurangnya 25,000 orang masih tidak dapat pulang ke rumah masing-masing, ekoran lebih 53,000 kediaman musnah dan lebih 83,000 rosak.– BERNAMA






Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts