fbpx

Laluan ke Air Terjun Sungai Pisang ditutup, ramai degil guna laluan tikus

Walaupun pintu masuk ke kawasan tersebut sudah ditutup, orang ramai tetap menggunakan laluan alternatif yang lain untuk menceroboh masuk.

PETALING JAYA – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menegaskan tiada sebarang kelulusan permit aktiviti diberikan di Taman Eko Rimba, Denai dan Jalur Pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) – Fasa2.

Ini susulan penularan sebuah video dipercayai di kawasan Air Terjun Sungai Pisang yang sesak dengan kehadiran orang ramai yang didakwa tidak mendapatkan kebenaran pihak berkuasa.

Menurut Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, semasa PPN Fasa Dua JPNS tidak mengeluarkan sebarang permit aktiviti dan pihaknya juga telah menutup laluan-laluan masuk ke kawasan berkenaan.

“Memang benar untuk memasuki kawasan hutan simpan memerlukan permit, tetapi buat masa kini pihak JPNS tidak mengeluarkan sebarang permit dan masih tidak membenarkan sebarang aktiviti berlaku bagi mengelak berlakunya penularan Covid-19.

“Ketika hari kejadian saya dan beberapa pegawai ada buat pemantauan,tidak dinafikan begitu ramai orang yang hadir tetapi dengan bantuan pihak polis kami telah mengarahkan pengunjung supaya beredar dan menutup kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Walaupun pintu masuk ke kawasan tersebut sudah ditutup, orang ramai tetap menggunakan laluan alternatif yang lain untuk menceroboh masuk.

Tambahnya lagi, walaupun sudah menutup pintu masuk ke kawasan terebut orang ramai telah menggunakan laluan alternatif yang lain untuk memasuki tempat tersebut.

“Walaupun kami dah tutup pintu masuk dan beberapa kawasan dengan menggunakan pita peringatan, orang ramai masih juga berdegil dan mencari laluan lain untuk ke kawasan tersebut,” katanya.

Pihak JPNS juga memperingatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP dan sentiasa menjaga penjarakan sosial bagi mengelakkan berlakunya penularan Covid-19.






Sumber: K! ONLINE.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts