fbpx

Pelantikan timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ditangguh

Situation in the Dewan Rakyat, Parliament, Kuala Lumpur. FAIHAN GHANI/The Star.

KUALA LUMPUR – Usul pemilihan bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang sepatutnya dibentangkan hari ini ditangguhkan ke sidang Parlimen akan datang.

Ia bagi membolehkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dibuat untuk menambah bilangan Timbalan Speaker kepada tiga orang.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Wan Juanidi sebaik sahaja Dewan Rakyat memulakan sidang sesi petang.

Sehubungan itu, pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguh ke Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14, katanya.

Sebelum ini dua nama diusulkan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Speaker iaitu Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming.

Jawatan tersebut kosong selepas Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said meletakkan jawatan.






Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts