fbpx

NGO kemuka petisyen minta kerajaan tarik balik rayuan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & KL (Family Frontiers) dan seramai 20 ibu menyerahkan petisyen kepada Kabinet menggesa kerajaan menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan kewarganegaraan automatik kepada kanak-kanak dilahirkan di luar negara.

Presiden Family Frontiers, Suri Kempe berkata, pihaknya menganggap rayuan difailkan kerajaan itu akan melengahkan keadilan bukan hanya kepada wanita Malaysia, tetapi juga anak mereka yang bukan warganegara.

“Oleh itu, permohonan yang kami kemukakan kepada kerajaan hari ini adalah, jangan membuat rayuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menerima petisyen dan surat terbuka daripada Family Frontiers yang diserahkan di Parlimen hari ini.

Kerajaan dilaporkan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan memohon membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 September lalu yang bayi lahir di luar negara oleh wanita warga Malaysia dan bapa bukan warganegara secara automatik berhak mendapat kerakyatan.

Suri berkata, Family Frontiers turut melancarkan kempen #TarikBalikRayuan sebagai tindak balas terhadap rayuan kerajaan berhubung berkenaan.

Katanya, menarik balik rayuan akan memberikan isyarat kerajaan bersama golongan ibu yang juga rakyat negara ini dan menangani masalah terbabit tanpa berlengah lagi atas semangat ‘Keluarga Malaysia’.





Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts