fbpx

RMK12: MOTAC sasar 24.3 juta ketibaan pelancong antarabangsa

Datuk Seri Nancy Shukri

SHAH ALAM – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan ketibaan seramai 24.3 juta pelancong antarabangsa dengan pendapatan berjumlah RM73 bilion pada tahun 2025.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sasaran pendapatan bagi pelancongan domestik pula adalah sebanyak RM100 bilion untuk tempoh sama.

Menurutnya, seperti mana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sesi pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) 2021-2025, sektor pelancongan yang paling terjejas berikutan pandemik Covid-19 dijangka mula pulih dengan sasaran pertumbuhan sebanyak 3.8 peratus.

“Justeru, MOTAC melalui semua agensinya akan memastikan usaha yang lebih agresif dapat dijalankan bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelancongan.

“Kita mesti mengambil pendekatan yang baru, di mana seni dan budaya mesti diberi keutamaan sebagai elemen utama produk pelancongan dalam usaha untuk mempromosi Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, kementerian yang diterajuinya menyasarkan untuk kembali meletakkan semula Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Tambahnya, MOTAC juga akan bertindak dengan lebih kreatif dan meneruskan kerjasama erat dengan semua kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri boleh mencadangkan produk pelancongan baharu untuk diketengahkan. MOTAC akan menyambut cadangan tersebut dengan menambahbaik produk itu seterusnya mempromosikannya sehingga ke persada antarabangsa.







Sumber: Sinar Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts