fbpx

Wajar luluskan guna hemp, marijuana untuk perubatan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan kerajaan supaya menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji serta memberi kelulusan kepada industri hemp dan marijuana perubatan.

Beliau berkata, sudah tiba masa bagi Malaysia melaksanakan usaha itu memandangkan industri terbabit boleh membantu sebagai kaedah rawatan alternatif kepada masalah kesihatan mental dan sebagainya.

“Ini bukan perkara baharu dan saya masih ingat ketika di Kabinet sebelum ini ada kajian dilakukan secara terperinci. Jadi saya berharap kerajaan dapat membentangkan satu kertas kerja yang telus, ikhlas dipacu data dan sains berkenaan baik dan buruknya kelulusan industri ini.

“Saya katakan ini kerana di lebih 40 negara, kelulusan hemp atau marijuana perubatan sudah diberikan seperti di Australia, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Argentina, Denmark dan terbaharu Thailand,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.





Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts