fbpx

Covid-19: KKM beli ubat antiviral Molnupiravir

Gambar hiasan. - Foto Google

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menandatangani surat akujanji (Letter of Undertaking) pembelian ubat antiviral Molnupiravir dengan Merck Sharp & Dohme.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, melalui perjanjian tersebut Kerajaan bersetuju untuk membuat perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap (patient courses) untuk merawat pesakit Covid-19.

Ujar beliau, keputusan ini dibuat sebagai persediaan negara dalam peralihan ke fasa endemik dengan menambah pilihan rawatan inovatif untuk melawan Covid-19, selain penggunaan vaksin dan tindakan-tindakan kesihatan awam yang lain.

“Kajian yang dijalankan oleh Merck Sharp & Dohme mendapati Molnupiravir menurunkan kadar kemasukan ke wad sebanyak 50 peratus selain turut berkesan ke atas varian-varian virus Covid-19 yang lebih ganas seperti gamma, delta dan mu,” katanya menerusi kenyataan.

Bagaimanapun, menurut Khairy, vaksin masih berfungsi untuk mengurangkan jangkitan sekalipun ubat Molnupiravir berkesan.

Menurut beliau, ubat Molnupiravir tidak boleh mencegah jangkitan sebaliknya bermanfaat kepada yang sudah dijangkiti.

“Kita memerlukan kedua-dua kaedah untuk menurunkan beban penyakit Covid-19, sekaligus memberikan impak yang lebih besar dalam usaha pencegahan dan kawalan penularan jangkitan virus Covid-19,” tambah beliau.

Dalam pada itu, kata Khairy berkata, KKM akan terus memantau perkembangan pembangunan ubat-ubatan berkaitan rawatan pesakit Covid-19 di seluruh dunia untuk memastikan penduduk negara ini tidak ketinggalan untuk mendapatkan rawatan terbaik.







Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts