fbpx

Kes positif Covid-19 lepasi paras 8,000 hari ini

Foto oleh Hari Anggara

KUALA LUMPUR – Kes positif harian Covid-19 meningkat melebihi paras 8,000 dengan hari ini sebanyak 8,084 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan itu menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat 2,369,613 kes setakat ini.

Semalam, kes jangkitan wabak berkenaan mencatatkan jumlah sebanyak 7,950 kes dan ia kekal di bawah paras 8,000 berturut-turut untuk beberapa hari.

Terdahulu, hari ini, laman sesawang COVIDNOW menunjukkan sebanyak 68 kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan setakat semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 12 kes meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.





Source: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts