fbpx

Perolehan Pfizer untuk kanak-kanak – KJ

Foto: Tim Reckmann / Flickr.

KUALA LUMPUR: Malaysia akan melakukan pembelian vaksin Pfizer untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara itu berkata pihaknya akan turut meneliti pilihan bekalan vaksin lain yang berada di pasaran seperti Sinovac untuk dimasukkan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kanak-kanak.

“Menerusi keputusan panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat yang mengesyorkan suntikan Pfizer bagi individu berusia lima hingga 12 tahun, Malaysia akan teruskan usaha perolehan Pfizer untuk kanak-kanak.

“Kita juga akan meneliti pilihan bekalan lain seperti Sinovac,” katanya menerusi kenyataan di Twitter, hari ini.

Selasa lalu, panel FDA mengesyorkan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, selepas penelitian agensi berkenaan mendapati manfaat suntikan pelalian itu melebihi risiko.

Menerusi PICK Remaja, Malaysia merintis usaha pemberian suntikan vaksin kepada golongan terbabit yang berusia antara 12 hingga 17 tahun pada 20 September lalu.

Dalam perkembangan lain, Khairy menyatakan keyakinan terhadap keputusan pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka selepas liputan pemberian vaksin dalam kalangan remaja di negara ini semakin meluas.

“Sebanyak 82.4 peratus daripada remaja di negara ini menerima suntikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos, manakala 62 peratus mendapat dos lengkap.

“Ini bermakna #PembukaanSemulaSekolah secara selamat,” katanya.







Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts