fbpx

Ahmad Idham, Eizlan azam mengantarabangsakan Diplomasi Budaya Malaysia

SAIFUDDIN (tengah) bergambar dengan Ahmad Idham (kiri) dan Eizlan di Wisma Putra hari ini. – Foto Ihsan Kementerian Luar

PUTRAJAYA – Desas-desus isu peletakan jawatan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akhirnya terjawab.

Beliau hari ini dilantik sebagai Setiausaha Kebudayaan Pejabat Menteri Luar, malahan berita tersebut diumumkan sendiri Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra di sini.

Uniknya, seorang lagi penggiat seni terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof turut dilantik sebagai Perunding Kreatif di pejabat berkenaan yang kedua-duanya berkuat kuasa serentak hari ini.

“Pelantikan mereka juga selaras dengan objektif untuk membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Negeri,” jelas Saifuddin pada sidang akhbar khasnya.

Inisiatif itu bagi mewujudkan kaedah baharu yang mempamerkan jati diri dan nilai kebangsaan kita selain memaparkan kepelbagaian budaya serta menggalakkan pertukaran kebudayaan.





Sumber: K! ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews