fbpx

Dua lelaki didakwa bunuh, culik, menyamar polis

Kedua-dua tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majsitret Port Dickson hari ini.

PORT DICKSON – Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh, menculik serta menyamar sebagai anggota polis di sebuah rumah di Bandar Springhill, Lukut di sini, dua minggu lalu.

Tertuduh, M.Murugan, 44, yang merupakan seorang ketua pengawal keselamatan dan Wong Yon Kuan, 43, penganggur mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V.Vanita.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, kedua-dua tertuduh bersama-sama tiga individu yang masih bebas didapati telah membunuh dan melarikan seorang juruteknik lelaki, A.Vasuden, 39.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Springhill 3/3, Bandar Springhill, Lukut di sini antara pukul 5.40 hingga 9.45 pagi, 13 November lalu.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Seterusnya bagi pertuduhan ketiga, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama tiga individu yang masih bebas didapati menyamar sebagai penjawat awam iaitu polis kepada isteri mangsa, S.Hindumathy, 38, di mana tertuduh bukanlah seorang penjawat awam yang sah.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan dalam prosiding kes.

Kesalahan itu dilakukan pada masa dan lokasi yang sama.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.




Sumber: K! ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts