fbpx

Agong berangkat hadir hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 di Istana Negara.

Mesyuarat yang bermula semalam itu dipengerusikan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Mesyuarat kali ini berlangsung selepas kali terakhir diadakan semasa mesyuarat ke-256 pada 19 dan 20 Feb 2020 yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Nazrin Shah; Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Selain itu, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah; Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 bermula semalam di Istana Negara dan dipengerusikan  Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah. - Foto BERNAMA
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 bermula semalam di Istana Negara dan dipengerusikan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah. – Foto BERNAMA

Mesyuarat itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir pada mesyuarat itu.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Ketua Menteri. – BERNAMA







Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts