fbpx

Kelantan catat 808 kematian akibat Covid-19

Gambar hiasan. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI

KOTA BHARU – Sebanyak 808 kematian akibat Covid-19 telah direkodkan di Kelantan dalam tempoh bermula bulan Mac tahun lepas sehingga September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 221 kematian direkodkan di Kota Bharu, Pasir Mas (111), Pasir Puteh (102), Tumpat (89) dan Bachok (80).

Menurutnya , selain itu, di daerah Gua Musang pula merekodkan sebanyak 58 kematian, Tanah Merah (56), Kuala Krai (37), Jeli (29) dan Machang (25).

“Kerajaan negeri menyalurkan bantuan sebanyak RM1,500 menerusi insentif pengurusan jenazah Covid-19 kepada waris atau keluarga. Jumlah keseluruhan tuntutan membabitkan nilai RM630,000.

“Setakat ini, kerajaan negeri telah melunaskan bayaran sebanyak RM406,000 membabitkan 271 kematian. Jumlah yang belum dibayar adalah sebanyak RM223,000 membabitkan 149 kematian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbongan, Mohd. Nazlan Mohamed dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan (Belanjawan) di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.






Sumber: K! ONLINE.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts