fbpx

Isu pengambilan tanah Kampung Baru dibawa ke sidang Kamar Khas

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon. Foto oleh: The Vibes

KUALA LUMPUR: Isu pengambilan tanah lot dan flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, bagi pembangunan semula oleh pemaju swasta, akan diperhalusi melalui sidang Kamar Khas, Dewan Rakyat, hari ini.

Sidang yang akan berlangsung pada jam 2.30 petang nanti, antara lain meneliti isu kepentingan pemilik tanah dan tindakan kerajaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) di kawasan ‘segi tiga emas’ di ibu kota itu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berkata usul berkenaan dikemukakan bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) pada 8 Disember lalu dan memenuhi tiga syarat utama.

Beliau menjelaskan, tiga syarat yang perlu dipenuhi untuk usul itu dipertimbangkan majlis mesyuarat merangkumi elemen perkara tertentu; bagi kepentingan orang ramai; dan perlu disegerakan.

“Saya meneliti semua prasyarat ini dan mendapati ia memenuhi syarat, justeru usul ini akan dirundingkan di Kamar Khas pada jam 2.30 petang nanti,” katanya sebaik saja selesai sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membacakan teks keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.








Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts