fbpx

11 mangsa banjir di Kelantan positif COVID-19

Foto: BERNAMA

KOTA BHARU: Seramai 11 mangsa banjir di dua daerah di Kelantan positif COVID-19 sehingga Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata kesemua mereka dikesan hasil ujian saringan yang dilakukan sebelum memasuki pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, kesemua yang positif dihantar ke hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang berdekatan.

“Kesemua kes yang dikesan adalah di Gua Musang dan Rantau Panjang.

“Setakat ini, tiada kes yang dikesan ketika mangsa banjir berada di PPS hasil ujian saringan yang dilakukan terhadap 901 mangsa di pusat berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Dr Zaini berkata, pihaknya sentiasa menitik berat dan menasihatkan mangsa banjir yang berada di PPS supaya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

Dalam perkembangan lain, Dr Zaini berkata, kes harian di Kelantan masih tinggi dan mencatatkan kluster baharu setiap hari.

“Untuk semalam, Kelantan merekodkan 311 kes dengan dua kluster baharu menjadikan keseluruhan 22 kluster aktif setakat ini.

“Malah, kesemua daerah di Kelantan masih berada di zon merah,” katanya.





Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts